KEMAHIRAN PENTING KEPADA GRADUAN MASA DEPAN
KEMAHIRAN PENTING KEPADA GRADUAN MASA DEPAN (INFORMATION SKILL) Persaingan di dalam dunia pekerjaan di Malaysia menuntut para graduan lebih peka terhadap keperluan semasa dan masa depan dalam memenuhi kehendak pasaran pekerjaan. Memiliki kerjaya sejurus seorang graduan menamatkan pengajian di sesebuah pusat pengajian tinggi adalah salah satu ukuran kebolehpasaran graduan. Berdasarkan penilaian kajian literature yang terdahulu ada menjelaskan dalam era globalisasi majikan tidak hanya mementingkan kemahiran teknikal sahaja tetapi juga menekankan kemahiran modal insan (personaliti) agar pekerja dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai jenis pekerjaan. Justeru itu, objektif kertas kerja ini adalah untuk memberi kefahaman mengenai kebolehpasaran graduan, serta kriteria yang memberi impak kepada bidang kerjaya. Analisis kualitatif ini melibatkan kriteria sikap, kemahiran komunikasi ,kepimpinan dan sebagainya. Seseorang graduan yang merupakan aset bagi kebolehpasaran graduan dan pe...