KEMAHIRAN PENTING KEPADA GRADUAN MASA DEPAN
KEMAHIRAN PENTING KEPADA GRADUAN MASA
DEPAN
(INFORMATION SKILL)
Persaingan di dalam
dunia pekerjaan di Malaysia menuntut para graduan lebih peka terhadap keperluan
semasa dan masa depan dalam memenuhi kehendak pasaran pekerjaan. Memiliki
kerjaya sejurus seorang graduan menamatkan pengajian di sesebuah pusat
pengajian tinggi adalah salah satu ukuran kebolehpasaran graduan. Berdasarkan
penilaian kajian literature yang terdahulu ada menjelaskan dalam era
globalisasi majikan tidak hanya mementingkan kemahiran teknikal sahaja tetapi
juga menekankan kemahiran modal insan (personaliti) agar pekerja dapat
menyesuaikan diri dengan pelbagai jenis pekerjaan. Justeru itu, objektif kertas
kerja ini adalah untuk memberi kefahaman mengenai kebolehpasaran graduan, serta
kriteria yang memberi impak kepada bidang kerjaya. Analisis kualitatif ini
melibatkan kriteria sikap, kemahiran komunikasi ,kepimpinan dan sebagainya. Seseorang
graduan yang merupakan aset bagi kebolehpasaran graduan dan penentu untuk
mendapatkan pekerjaan. Hal ini kerana, konsep ini dilihat ia mampu menyumbang
kepada para pelajar IPT sebagai rujukan persediaan program akademik yang
berkualiti dan keupayaan melahirkan modal insan yang boleh dipasarkan di dalam
memenuhi kehendak sektor pekerjaan.
Kemahiran yang
paling utama yang perlu dikuasai oleh bakal graduan ialah Kemahiran
Berkomunikasi. Kemahiran ini merupakan kemahiran paling asas yang perlu
diutamakan kerana majikan akan meneliti dan menguji graduan samaada kemahiran
berkomunikasi mereka adalah benar-benar pada tahap yang diingini. Memandangkan
pada masa ini Malaysia merupakan salah sebuah negara dunia ketiga yang pesat
membangun, maka tidak hairanlah mengapa Malaysia pada masa ini dibanjiri oleh
pelabur-pelabur asing yang ingin menjalankan perniagaan yang sesuai dengan
iklim ekonomi negara. Secara tidak langsung, situasi ini akan memerlukan tenaga
kerja mahir yang pastinya boleh berkomunikasi dengan baik, terutamanya dalam
bahasa inggeris. Bukan sahaja hanya mampu bertutur dengan fasih, tetapi juga
menguasai secara lisan. Ini kerana, penguasaan terhadap bahasa inggeris seperti
berkomunikasi dengan baik, akan membolehkan bakal graduan menghasilkan idea
yang kritis dan kreatif untuk membantu menarik minat pelabur agar mengikat
perjanjian perniagaan. Selain itu, kehendak pelanggan dalam urusan perniagaan
juga dapat difahami dengan jelas dan baik. Apabila penguasaan kemahiran
berkomunikasi ini dapat dikuasai, maka daya keyakinan akan menjadi lebih
tinggi. Malah, bakal graduan juga akan berpeluang besar dalam mendapatkan
sesuatu kerjaya kerana mempunyai idea yang bernas selain mempunyai pengetahuan
teknikal yang mantap. Penguasaan kemahiran berkomunikasi dengan baik, terutama
sekali dalam bahasa inggeris juga mampu membantu survival bakal graduan dalam
cabaran pencarian kerjaya yang bersesuaian dengan bidang dan kemahiran yang
mereka ada, seperti yang dinyatakan oleh Dr. Marie Aimee Torres, seorang
penyelidik senior di Jabatan Pembangunan Pelajaran, Universiti Malaya (UM),
bahawa penguasaan dalam bahasa inggeris umpama penentu kepada graduan agar
lebih berkemampuan bersaing secara efektif dalam pasaran kerja.
Seterusnya, kemahiran yang perlu ada dan dikuasai oleh
para graduan dan yang diingini majikan juga ialah Kemahiran Kerja Berpasukan.
Persaingan yang berlaku dalam dunia pasaran pekerjaan di antara para bakal
graduan yang telah menamatkan pelajaran saban tahun menyebabkan ramai graduan yang
sukar mendapatkan pekerjaan. Seharusnya para bakal graduan perlu menggunakan
situasi tersebut dengan cuba untuk mengumpul seberapa banyak kemahiran yang
perlu digunakan selepas habis belajar kelak. Kemahiran kerja berpasukan adalah
berbeza daripada kerja individu. Kerja berpasukan menuntut seseorang itu
bekerja dengan lebih ramai orang tetapi dalam satu kumpulan. Komitmen yang
tinggi sangat dituntut dalam kerja berpasukan. Seseorang itu perlu menunjukkan
dia adalah seorang pemain di dalam pasukan tersebut, selain mampu dan
berkeupayaan untuk menguruskan dan menjadi wakil dalam tanggungjawab yang
diberikan. Selain itu, bekerja di dalam satu pasukan juga menuntut agar
sesorang itu mampu serta dapat membina hubungan yang positif dengan rakan
sekerja, sekaligus dapat membantu mencapai matlamat kerja dan objektif
perniagaan yang dijalankan, malah mampu meningkatkan kualiti kerja.Tambahan
pula, masalah-masalah di dalam proses seuatu pekerjaan adalah bersifat komplek
serta akan membabitkan pelbagai bahagian dan sistem. Maka secara logiknya,
penyelesaian masalah hal sedemikian adalah di luar batas kemampuan individu.
Oleh itu, penting kepada graduan agar dapat menguasai kemahiran bekerja secara
berpasukan agar mereka dapat menjalankan kerja sekiranya diminta menguruskan
sesuatu urusan secara berkumpulan. Pendedahan yang diberikan atau yang ditimba
ketika menjalankan sesi praktikal perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh para bakal
graduan, kerana ketika sesi praktikal inilah mereka akan didedahkan dengan
pengalaman kerja berkumpulan serta membina hubungan dengan orang lain, iaitu
rakan sekerja.
Selain itu, Kemahiran Kepimpinan juga perlu dikuasai oleh
bakal graduan. Kejayaan sesebuah perniagaan atau jatuh bangunnya sesuatu itu
adalah berdasarkan kepada kepimpinan. Kriteria ini juga sangat penting untuk
dikuasai oleh bakal graduan, sebagai salah satu daripada antara beberapa
kemahiran-kemahiran yang penting untuk dikuasai. Walaupun bakal graduan tidak
akan memegang jawatan tertinggi terus ketika menceburkan diri di dalam bidang
pekerjaan, namun mereka perlu menunjukkan potensi sebagai seorang pemimpin,
yang mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan, seterusnya melaksanakan
tugas tersebut kerana ciri-ciri kepimpinan juga akan dinilai oleh majikan.
Mereka juga perlu mampu menunjukkan potensi dalam memotivasikan serta memberi
dorongan kepada rakan sekerja yang akan bekerja bersama mereka kelak. Apa yang
paling penting di dalam sikap kepimpinan ini ialah, bakal graduan perlu tahu
tentang tugasan yang diterima seterusnya melaksanakan tugasan yang diberi
dengan baik, menentukan tarikh akhir tugasan serta menunjukkan kepimpinan
dengan memberikan contoh-contoh yang baik kepada orang lain atau rakan setugas
yang lain. Kemahiran Kepimpinan sebenarnya telah dipupuk ketika menuntut di
universiti di kalangan para bakal graduan, samaada secara langsung mahupun
tidak langsung
Dunia pada masa kini adalah dunia tanpa sempadan.
Kemahiran Mencapai & Menganalisa Maklumat juga perlu ada dalam diri para
graduasi. Hal ini kerana Segala informasi dapat diperolehi dengan mudah, hanya
dihujung jari kita. Internet merupakan salah satu sumber yang mampu diakses
oleh sesiapa sahaja dan ianya dapat memberikan informasi mengenai pelbagai
perkara, termasuklah perkara-perkara yang mejurus ke arah keburukan. Sebagai
ibubapa dan pendidik, anak-anak kita haruslah diajar sejak kecil untuk
membezakan antara perkara yang baik dan buruk mengikut acuan agama, moral,
budaya, dan kemanusiaan. Di samping itu, mereka juga perlu diajar supaya
mempunyai sifat bertanggungjawab terhadap apa sahaja aktiviti yang dilakukan di
dalam talian. Ini termasuk menjauhi gejala-gejala yang negatif seperti
‘hacking’, mencuri identiti, penipuan,
plagiarism, perjudian, dan sebagainya
Disamping itu, para
graduasi juga perlu ada kemahiran Komunikasi Melalui Tulisan dan Percakapan
Secara Efektif. Walaupun dengan perkembangan teknologi komunikasi pada hari ini
dan masa akan datang, kemahiran komunikasi verbal secara bersemuka akan
sentiasa menjadi skill yang sangat penting. Ini adalah salah satu faktor yang
akan menjadikan seseorang itu kelihatan lebih berkarisma dan berkeyakinan
tinggi. Dan faktor inilah yang mungkin akan menjadi pendorong utama yang dapat
menentukan kebolehpasaran para pelajar di masa akan datang. Namun begitu,
kemahiran ini tidak datang secara semula jadi. Ia perlu diajar dan diasah
secara berterusan sehinggalah kemahiran ini menjadi sebahagian daripada diri
mereka. Elemen-elemen seperti kelancaran, sebutan, tempo, kekuatan, ‘pitching’,
gerak tubuh, ‘eye-contact’, dan sebagainya adalah antara elemen yang perlu
dilatih supaya kemahiran komunikasi dikalangan pelajar menjadi lebih mantap.
Terdapat beberapa cadangan
kepada graduan pada masa depan untuk memastikan dibekalkan kemahiran antaranya
ialah institusi-institusi pendidikan juga perlu memperbanyakkan dan
mempelbagaikan program-program ilmiah yang dapat membantu penguasaan kemahiran
berkomunikasi bakal graduan, terutama sekalai dalam bahasa inggeris. Hal ini
kerana, penggunaan bahasa inggeris khasnya secara lisan di kalangan graduan
universiti luar lebih baik berbanding graduan universiti-universiti tempatan.
Ini dapat dibuktikan melalui kenyataan oleh Dr Marie Aimee Tourres, iaitu
Pengkaji Senior di Jabatan Pembangunan Pelajaran Universiti Malaya (UM),
walaupun orang-orang di Pakistan, terutamanya graduan-graduan di sana
menggunakan pelbagai jenis dialek selain bahasa Urdu, namun penggunaan bahasa
inggeris mereka adalah lebih bagus berbanding graduan di Malaysia. Dengan
mempelbagaikan program ilmiah berkaitan kemahiran komunikasi ini, maka sedikit
sebanyak ia akan dapat membantu meningkatkan penguasaan kemahiran
berkomunikasi, terutamanya bahasa inggeris ke tahap yang lebih baik lagi. Maka
pihak-pihak berkenaan perlu menggubal kurikulum mereka agar dapat dibuat
penambahbaikan ke arah menghasilkan bakal graduan yang dapat menguasai bahasa
inggeris, setanding graduan-graduan luar.
Cadangan seterusnya,bakal
graduan perlu atau wajib menyertai aktiviti-aktiviti persatuan samaada di
dalam, mahupun di luar kampus, dengan pihak universiti perlu memantau atau
menghadkan penglibatan bakal graduan sekiranya terlibat dengan persatuan luar
kampus. Penglibatan di dalam aktiviti persatuan ini kepada bakal graduan ialah,
melaluinya, bakal graduan akan dapat meningkatkan keyakinan ketika berdepan
dengan orang ramai, selain mengasah kemahiran berkomunikasi mereka dengan
komuniti yang ada di dalam persatuan yang disertai. Dari aspek individual pula,
penglibatan ini akan membantu bakal graduan memupuk semangat dalam kerja
berpasukan. Malah, ianya merupakan pendedahan kepada bakal graduan sebelum memasuki
alam kerjaya yang sebenar dalam perkongsian idea dan mengemukakan idea yang
kritis untuk sesuatu maklumat sekiranya ingin menyelesaikan masalah. Dari itu,
bakal graduan juga dapat menggunakan kesempatan tersebut untuk membiasakan diri
dengan perkongsian idea dengan komuniti yang terlibat di dalam persatuan
tersebut. Selain itu, bakal graduan juga dapat memupuk diri dengan sifat
kepimpinan dalam diri mereka dengan menjadi pemimpin kepada rakan yang lain.
Ini kerana, kemahiran-kemahiran tersebut, seperti kemahiran kerja berpasukan
dan kemahiran kepimpinan merupakan aspek dan kriteria yang dicari oleh majikan.
Penglibatan di dalam aktiviti-aktiviti persatuan juga merupakan satu batu
loncatan buat bakal graduan dalam mempuku seterusnya membiasakan dri mereka
dengan kemahiran pengurusan organisasi. Ianya umpama suatu pendedahan kepada
bakal graduan dalam salah seorang daripada pekerja yang bakal menguruskan
sesuatu organisasi.
Selain itu, cadangan kepada graduan
pada masa depan adalah dengan pendedahan awal aspek kerjaya kepada bakal
graduan. Institusi-institusi pendidikan perlu mengambil kesempatan, agar
memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah khasnya tentang kerjaya yang
ditawarkan kelak dengan mengikuti pengajian yang ditawarkan di
universiti-universiti tempatan. Dengan adanya pendedahan ini kepada murid-murid
sekolah, maka secara tidak langsung, ini akan dapat membantu mereka lebih
bersedia sedari awal apakah bidang yang ingin diceburi kelak ketika menuntut di
universiti. Mereka akan dapat mengumpul seberapa banyak keperluan yang penting,
seperti kemahiran-kemahiran insaniah yang perlu dikuasai dan dimiliki sebelum
melangkahkan kaki ke gerbang kerjaya kelak. Sebagai contoh, ekspo kerjaya yang
diadakan di sekolah-sekolah menengah saban tahun adalah bertujuan dalam
memperkenalkan bidang kerjaya yang memerlukan tenaga mahir kelak sekaligus
memberi mereka persediaan agar dapat bersedia berdepan dengan situasi sebenar
alam kerjaya yang mencabar. Pihak institusi-institusi pendidikan yang berkaitan
juga perlu mengadakan program berkaitan dengan keusahawanan, kerana melalui
program ini bakal-bakal graduan akan dapat mengaplikasikan kebolehan yang
mereka ada untuk menghasilkan produk atau menjual produk. Dengan adanya lebih
banyak lagi program keusahawanan ini, lebih banyak manfaat serta kemahiran
insaniah yang dapat dipupuk serta dikuasai oleh bakal graduan.
Akhir sekali, majikan
masa kini tidak meletakkan kelayakan akademik sebagai kriteria utama pemilihan
pekerja tetapi lebih mementingkan kemahiran dalam memilih pekerja. Kemahiran ini
meliputi keperibadian, keterampilan, keyakinan diri dan kebolehan
berkomunikasi. Didapati bahawa aset yang tidak ternilai pada graduan ialah
personalitinya, sikapnya dan juga perwatakannya dari segi kematangan berfikir,
membuat analisis dan mencari penyelesaian serta berkebolehan menggunakan
kemahiran insaniahnya dalam apa jua keadaan sekalipun. Personaliti yang unggul
perlu dimiliki oleh graduan yang ingin menceburi bidang profesioanal seterusnya
amat menepati pasaran kerjaya. Satu kelebihan
graduan yang menjadi pilihan utama majikan ialah keyakinan diri yang terserlah
melalui kemahiran berkomunikasi.Ini kerana pencapaian akademik bukan
satu-satunya faktor utama dalam pengambilan graduan untuk mengisi kekosongan
jawatan. Pencapaian akademik yang cemerlang dilihat sebagai keperluan asas
untuk di senarai pendek dalam proses pemilihan calon pekerja. Kemahiran
komunikasi dan kemahiran interpersonal menunjukkan jurang prestasi yang paling
besar yang ditemui di dalam kajian yang dilakukan ke atas graduan semasa yang
sedang bekerja.
RUJUKAN
3. file:///C:/Users/User/Downloads/240-429-1-SM.pdf
LINK URL BLOG
https://wanfahira.blogspot.com/2020/04/kemahiran-penting-kepada-graduan.html
LINK URL BLOG
https://wanfahira.blogspot.com/2020/04/kemahiran-penting-kepada-graduan.html